13 May 2012

Perbetul Niat Terlebih Dulu Dalam Raikan Hari Ibu..

Hari Ibu yang diraikan pada Ahad minggu kedua Mei setiap tahun kini menjadi aktiviti kekeluargaan termasuk masyarakat Malaysia.Namun. timbul persoalan apakah hukum meraikan Hari Ibu kerana ulama berselisih pandangan mengenainya.Ada ulama mengharamkan sambutan ini kerana dikatakan bersifat bid'ah dalam agama  dan meniru budaya barat
   Ada juga ulama yang berpandangan sambutan hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid'ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.Walaupun amalan itu pada asasnya harus,namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang dengan syariat.Oleh itu ,penting bagi masyarakat islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambanya....AMIN..

No comments:

Post a Comment