17 May 2012

                                               Sebagai Pekerja TM

Lawatan Sekolah Danial Ke Kidzania....


Semalam sekolah anak aku Si Danial buat lawatan sambil belajar ke Kidzania....aku pun menyibuk la ikut sekali...hehe...aku bawa juga sikecik Danish...memang seronok tak hengat budak-budak neh bila pegi situ......Tapi pada aku tempat tu memang sangat bagus untuk anak-anak kita belajar mengenai dunia pekerjaan.Bila buat kerja diorang dapat duit...(duit kidzos la...).Banyak jugak la pekerjaan yang sempat diorang buat selama 6 jam kitaorang ada kat dalam tu..lebih kurang 8 pekerjaan yang sempat dibuat antaranya,Polis,Bomba,Doktor dan lain-lain...Tapi yang paling kelakar sekali SiDanish la...pening je...hummm...budak-budak sebesar tu bukannya nak concentrate sangat dengan apa yang orang cakap...Pada yang belum pergi cuba la pergi nanti...tambah-tambah nak dekat cuti sekolah ni...mesti anak-anak akan excited ....

13 May 2012

Perbetul Niat Terlebih Dulu Dalam Raikan Hari Ibu..

Hari Ibu yang diraikan pada Ahad minggu kedua Mei setiap tahun kini menjadi aktiviti kekeluargaan termasuk masyarakat Malaysia.Namun. timbul persoalan apakah hukum meraikan Hari Ibu kerana ulama berselisih pandangan mengenainya.Ada ulama mengharamkan sambutan ini kerana dikatakan bersifat bid'ah dalam agama  dan meniru budaya barat
   Ada juga ulama yang berpandangan sambutan hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid'ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.Walaupun amalan itu pada asasnya harus,namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang dengan syariat.Oleh itu ,penting bagi masyarakat islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambanya....AMIN..

11 May 2012


                                       ANAK KU TERSAYANG....