30 September 2012

Macam Putus Cinta!

                                                       Assalamualaikum..;)

Selamat Pagi....Pagi yang indah hari ni.Bersyukur kerana masih diberi peluang
untuk terus bernafas dimuka bumi ini...
Cuma pagi ni agak rasa keciwa,kerana pasukan kesayangan aku kalah...
kat tempat sendiri lak tuh...!!Betul...kalau Man Utd kalah mesti aku rasa macam putus cinta..
Tapi adat la,dalam mana-mana perlawanan sukan mesti ada yang kalah dan yang menang.
     Bila menang rasa macam nak melompat setinggi yang boleh...tapi aku bukan la setinggi mana pun
yang beria nak melompat tinggi-tinggi tu...tapi kalau kalah....frust beb!!
Tidur pun macam tak lena.Mungkin sebab aku ni fanatik sangat kot ngan Manchester United...
     Tambah pulak hubby aku akan gelakkan aku..eiii...tak suka la tengok dia gelak-gelak perli cam tuh...
sakit hati tau...!!Apa-apa pun aku kena terima hakikat,tolong la Azie...jangan ikut perasaan sangat lah!
perlawanan bola je tuh...beria bebenor keciwanye...huhuhu..
      Banyak lagi perkara lain yang perlu kau fikirkan.Sibuk pasal bola.Hubby aku cakap mengalahkan orang jantan.Eh...orang laki je ke yang tau tengok bola?ingat aku tak tau?aku pun reti la...kalau tak,tak de la aku beria frust menonggeng macam neh....
      Ok...sudah...sudah ...cukup sudah... Betul kata lagu neh...sudah-sudah lah ingat pasal game malam tadi banyak keje lain yang menanti ko...okeh....tarik nafas panjang-panjang.......SETTLE!

27 September 2012

Malas Bawa Maut!!

Tahukah anda sikap pemalas memiliki efek yang sama dengan merokok?
Kajian Universiti Harvard,Britain,mendapati bahawa setiap 1 daripada 10 individu
meninggal dunia kerana pola hidup malas!
    Diketuai oleh Dr.I Min Lee,studi yang diterbitkan dalam The Lancet ini menunjukkan
jumlah kematian yang disebabkan oleh pola hidup malas adalah sebanyak 90,000orang setiap tahun.
Jumlah ini tidak jauh berbeza dengan kematian disebabkan oleh merokok iaitu 100,000 individu setiap tahun.
    Bagi mengelakkan diri daripada maut akibat malas,individu digalakkan untuk melakukan
senaman secara rutin. Sekurang-kurangnya 2 setengah jam pada setiap minggu untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Jika enggan bersenam,lakukanlah aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh
agar tubuh sihat bertenaga.
                                         

                                                     

Suka Mengelamun Petanda Genius??

Disekolah,pelajar yang suka mengelamun sering dihukum kerana
kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Namun, penilitian
terbaru mendapati bahawa mengelamun adalah petanda kepintaran individu.
   Penilitian University of Wisconsin-Madison dan Max Planck Institute
for Human Cognitive menyatakan, kapasity working memory atau
memori kerja seseorang berhubungan dengan tendisiotaknya untuk
mengelamun saat melakukan tugasan harian.
   Seorang penyilidik,Jonathan smallwood,menjelaskan individu
genius dan memiliki memori kerja yang tinggi cenderung untuk
memikirkan perkara-perkara lain sewaktu melakukan sesuatu.
    Memori kerja adalah penentu darjah kepintaran seseorang individu kerana berkait
rapat dengan kemampuan membaca dan nilai IQ.