02 February 2013

Anak Hiperaktif...


                                    Assalamualaikum.....

    Dah lama rasanya tak jenguk blog neh....dah jenuh bersawang rasanya...
Aku nak bercerita tentang anak hiperaktif...pasti ramai dikalangan kita yang anaknya seorang hiperaktif,
ataupun ada yang tak menyedari bahawa anak nya seorang hiperaktif.
   Anak adalah permata hati kita,kurniaan,anugerah dan amanah Allah kepada ibubapa.Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak.Tapi macammana pulak kalau kita dikurniakan anak yang bermasaalah?
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka,hiperaktif bermaksud masaalah terlampau cergas hingga pergerakannya sukar dikawal sama ada keadaan atau sifat.
   Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak.Oleh itu kita sebagai ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif.
Peringkat kanak-kanak biasa la..sekiranya terlampau aktif,suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot ,itu normal.Tapi ia bergantung kepada peringkat dan juga perkembangan anak itu sendiri.Secara umumnya,hiperaktif dikategorikan kepada 3 tahap iaitu kekurangan tumpuan,mengikut dorongan hati dan berkelakuan aktif.
       Anak aku yang kedua Danial memang sangat aktif dan boleh dikategorikan sebagai hiperaktif.Tahap aktiviti motor nya yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari,berlari tanpa rasa penat,tapi aku yang penat tengok dia dan tak boleh duduk diam lansung..
       Disekolah dia tak boleh menumpukan perhatian pada guru dan tak berupaya untuk menghabiskan kerja yang diberi.Orang lain dah tulis habis 2 kertas,tapi dia 1 kertas pun belum siap...Bila orang dah nak balik baru la kelam-kabut nak buat.Biasanya,dia mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke satu perbuatan lain dan sering tidak mendengar apabila orang bercakap dengan nya.Lagi satu dia tak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain.
      Memang perkara biasa kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain disekelilingnya,cuma ikut hati dia je lah...dan suka bermain bersendirian,macam tak berapa pandai nak berkawan..
Apapun aku suami isteri,memang perlu banyak bersabar melayan kerenah anak macam Danial neh...jiwa dia terlalu sensitif.kena pandai pujuk dan memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenahnya....Aku juga berharap Danial akan berubah mengikut kematangan usianya...Insyaallah....
      

05 October 2012

Cerita Hantu Cederakan Emosi Kanak-Kanak?

                                                Assalamualaikum....
    Selamat pagi...Salam Jumaat untuk semua makhluk dimuka bumi ini......
Nak cerita pasal citer hantu yang sekarang ni dah jadi trend untuk tarik penonton..
Malam jumaat pun mesti ada citer hantu...nape mesti malam jumaat ekk...kalo malam jumaat tu konon-kononnye serem la kot....tu sebab suka tayang citer hantu malam jumaat...
     Tapi aku tak pernah nak bagi anak-anak aku tengok citer hantu,ye la..budak-budak kan suka percaya 
dengan citer kat dalam TV,tak kira la citer apa pon..disebabkan kesan negatif kepada kanak-kanak ni cepat nye mendesup macam peluru so dia akan cenderung untuk percaya walaupun dah diterangkan itu hanya lakonan semata-mata.
     Bayangkan lah kalau nak pegi ke dapur yang cuma sekangkang kera pun nak ajak teman...
Seolah-olah hantu tu suka duduk kat dapur.Hantu dok kat dapur nak buat apa ekk...makan ke?Ye la...dalam citer yang aku penah tengok pun asal pegi dapur je..rasa serem...sampai dah berjangkit ngan anak aku pulak.padahal ada sekali,2 je budak-budak neh pernah tertengok citer hantu.
     Memang betul la citer hantu ni akan mencederakan emosi anak-anak.Mereka akan rasa lebih takutkan hantu yang digambarkan muka hodoh tu,daripada takutkan ALLAH.Sepatutnya kena lah menekankan kisah -kisah yang lebih membina jati diri anak-anak,supaya mereka ada keyakinan diri apabila dewasa kelak...
      Apapun terpulang kepada diri masing-masing cerita apa yang sepatutnya dihidangkan pada keluarga.Macam nak hidang makanan la jugak kan?mestila kita nak hidangkan makanan yang berzat untuk keluarga,supaya semua nya sihat dan ceria...citer pun sama la jugak...Wallahualam....

30 September 2012

Macam Putus Cinta!

                                                       Assalamualaikum..;)

Selamat Pagi....Pagi yang indah hari ni.Bersyukur kerana masih diberi peluang
untuk terus bernafas dimuka bumi ini...
Cuma pagi ni agak rasa keciwa,kerana pasukan kesayangan aku kalah...
kat tempat sendiri lak tuh...!!Betul...kalau Man Utd kalah mesti aku rasa macam putus cinta..
Tapi adat la,dalam mana-mana perlawanan sukan mesti ada yang kalah dan yang menang.
     Bila menang rasa macam nak melompat setinggi yang boleh...tapi aku bukan la setinggi mana pun
yang beria nak melompat tinggi-tinggi tu...tapi kalau kalah....frust beb!!
Tidur pun macam tak lena.Mungkin sebab aku ni fanatik sangat kot ngan Manchester United...
     Tambah pulak hubby aku akan gelakkan aku..eiii...tak suka la tengok dia gelak-gelak perli cam tuh...
sakit hati tau...!!Apa-apa pun aku kena terima hakikat,tolong la Azie...jangan ikut perasaan sangat lah!
perlawanan bola je tuh...beria bebenor keciwanye...huhuhu..
      Banyak lagi perkara lain yang perlu kau fikirkan.Sibuk pasal bola.Hubby aku cakap mengalahkan orang jantan.Eh...orang laki je ke yang tau tengok bola?ingat aku tak tau?aku pun reti la...kalau tak,tak de la aku beria frust menonggeng macam neh....
      Ok...sudah...sudah ...cukup sudah... Betul kata lagu neh...sudah-sudah lah ingat pasal game malam tadi banyak keje lain yang menanti ko...okeh....tarik nafas panjang-panjang.......SETTLE!

27 September 2012

Malas Bawa Maut!!

Tahukah anda sikap pemalas memiliki efek yang sama dengan merokok?
Kajian Universiti Harvard,Britain,mendapati bahawa setiap 1 daripada 10 individu
meninggal dunia kerana pola hidup malas!
    Diketuai oleh Dr.I Min Lee,studi yang diterbitkan dalam The Lancet ini menunjukkan
jumlah kematian yang disebabkan oleh pola hidup malas adalah sebanyak 90,000orang setiap tahun.
Jumlah ini tidak jauh berbeza dengan kematian disebabkan oleh merokok iaitu 100,000 individu setiap tahun.
    Bagi mengelakkan diri daripada maut akibat malas,individu digalakkan untuk melakukan
senaman secara rutin. Sekurang-kurangnya 2 setengah jam pada setiap minggu untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Jika enggan bersenam,lakukanlah aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh
agar tubuh sihat bertenaga.
                                         

                                                     

Suka Mengelamun Petanda Genius??

Disekolah,pelajar yang suka mengelamun sering dihukum kerana
kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Namun, penilitian
terbaru mendapati bahawa mengelamun adalah petanda kepintaran individu.
   Penilitian University of Wisconsin-Madison dan Max Planck Institute
for Human Cognitive menyatakan, kapasity working memory atau
memori kerja seseorang berhubungan dengan tendisiotaknya untuk
mengelamun saat melakukan tugasan harian.
   Seorang penyilidik,Jonathan smallwood,menjelaskan individu
genius dan memiliki memori kerja yang tinggi cenderung untuk
memikirkan perkara-perkara lain sewaktu melakukan sesuatu.
    Memori kerja adalah penentu darjah kepintaran seseorang individu kerana berkait
rapat dengan kemampuan membaca dan nilai IQ.                                                                                        
               
             
                                               

17 May 2012

                                               Sebagai Pekerja TM

Lawatan Sekolah Danial Ke Kidzania....


Semalam sekolah anak aku Si Danial buat lawatan sambil belajar ke Kidzania....aku pun menyibuk la ikut sekali...hehe...aku bawa juga sikecik Danish...memang seronok tak hengat budak-budak neh bila pegi situ......Tapi pada aku tempat tu memang sangat bagus untuk anak-anak kita belajar mengenai dunia pekerjaan.Bila buat kerja diorang dapat duit...(duit kidzos la...).Banyak jugak la pekerjaan yang sempat diorang buat selama 6 jam kitaorang ada kat dalam tu..lebih kurang 8 pekerjaan yang sempat dibuat antaranya,Polis,Bomba,Doktor dan lain-lain...Tapi yang paling kelakar sekali SiDanish la...pening je...hummm...budak-budak sebesar tu bukannya nak concentrate sangat dengan apa yang orang cakap...Pada yang belum pergi cuba la pergi nanti...tambah-tambah nak dekat cuti sekolah ni...mesti anak-anak akan excited ....