02 February 2013

Anak Hiperaktif...


                                    Assalamualaikum.....

    Dah lama rasanya tak jenguk blog neh....dah jenuh bersawang rasanya...
Aku nak bercerita tentang anak hiperaktif...pasti ramai dikalangan kita yang anaknya seorang hiperaktif,
ataupun ada yang tak menyedari bahawa anak nya seorang hiperaktif.
   Anak adalah permata hati kita,kurniaan,anugerah dan amanah Allah kepada ibubapa.Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak.Tapi macammana pulak kalau kita dikurniakan anak yang bermasaalah?
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka,hiperaktif bermaksud masaalah terlampau cergas hingga pergerakannya sukar dikawal sama ada keadaan atau sifat.
   Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak.Oleh itu kita sebagai ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif.
Peringkat kanak-kanak biasa la..sekiranya terlampau aktif,suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot ,itu normal.Tapi ia bergantung kepada peringkat dan juga perkembangan anak itu sendiri.Secara umumnya,hiperaktif dikategorikan kepada 3 tahap iaitu kekurangan tumpuan,mengikut dorongan hati dan berkelakuan aktif.
       Anak aku yang kedua Danial memang sangat aktif dan boleh dikategorikan sebagai hiperaktif.Tahap aktiviti motor nya yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari,berlari tanpa rasa penat,tapi aku yang penat tengok dia dan tak boleh duduk diam lansung..
       Disekolah dia tak boleh menumpukan perhatian pada guru dan tak berupaya untuk menghabiskan kerja yang diberi.Orang lain dah tulis habis 2 kertas,tapi dia 1 kertas pun belum siap...Bila orang dah nak balik baru la kelam-kabut nak buat.Biasanya,dia mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke satu perbuatan lain dan sering tidak mendengar apabila orang bercakap dengan nya.Lagi satu dia tak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain.
      Memang perkara biasa kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain disekelilingnya,cuma ikut hati dia je lah...dan suka bermain bersendirian,macam tak berapa pandai nak berkawan..
Apapun aku suami isteri,memang perlu banyak bersabar melayan kerenah anak macam Danial neh...jiwa dia terlalu sensitif.kena pandai pujuk dan memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenahnya....Aku juga berharap Danial akan berubah mengikut kematangan usianya...Insyaallah....
      

No comments:

Post a Comment